Rasa Yang Terpendam 29

'So, hubungan awak dengan Lara macam mana?', soal Memey setelah hampir lama mereka berdiam diri menikmati makanan yang telah terhidang. 'Should I answer your question?', tanya Raeyi pula. Memey menahan rasa panas yang sedang membakar di dalam hatinya. Dia harus kelihatan lebih tenang dan tidak melatah kalau tidak nanti rancangannya boleh gagal. 'So far kami masih okay.Kenapa?', tanya Raeyi lagi menyebabkan Memey tersengih. 'Actually, saya nak tahu hubungan korang tu dah sampai mana', jawabnya. 'Jawapan saya tetap sama, Lara masih belum bagi kata putus tapi saya yakin dia pun ada perasaan yang sama dengan saya', ujar Raeyi. Memey merasa seperti hendak muntah mendengar jawapan Raeyi. 'Kenapa awak yakin sangat?', soal Memey sambil tersenyum. Raeyi mengerutkan dahinya mendengar soalan Memey. 'Kenapa pula?', tanya Raeyi. 'Tak ada apa-apalah. Saya cuma tertanya-tanya saja, apa keistimewaan Lara sampai awak tergila-gilakan dia?', soal Memey lagi. Raeyi berhenti menyuakan makanan ke mulutnya. 'Lara tu seorang wanita yang sangat istimewa. Senyumannya sahaja boleh buatkan hati lelaki cair. Kepintarannya, dia nampak garang tapi sebenarnya dia sangat lembut hati. Dia boleh buat semua orang berasa senang dengan dia. Ingat tak masa kita praktikal dulu, dia yang ketuai kita dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Dia tak sombong dan sangat disanjungi oleh semua orang.Dia juga..', puji Raeyi namun tak sempat dia menghabiskan kata-katanya Memey sudah tersedak. 'Awak tak apa-apa? Minum air tu', arah Raeyi. Memey meneguk segelas air sambil mengurut-urut dadanya. 'Itulah sebab awak tinggalkan saya kan?', ucap Memey tiba-tiba. 'Memey, saya tak pernah tinggalkan awak. Awak yang..', kata Raeyi namun Memey terus mencelah. 'Sekarang awak nak kata saya yang tinggalkan awak lah?', soal Memey dengan nada yang serius. 'Kalau awak cintakan Lara kenapa awak terima saya dulu?', soalnya lagi. 'Perlukah kita bahas tentang ne lagi Memey? Awak dan saya dah tak ada apa-apa lagi. Kita dah ikut haluan masing-masing dan awak yang pilih semua ne', ujar Raeyi. 'Tapi saya dah minta peluang dengan awak, masa tu saya diperangkap Raeyi', terangnya. 'Saya dah bagi awak peluang dengan meninggalkan awak', ucap Raeyi lalu berdiri mahu segera berlalu dari situ. Memey mengetap bibirnya menahan geram dengan kelakuan Raeyi yang meninggalkannya begitu sahaja. 'Kau tunggulah nasib kau Lara', desis hatinya.

Raeyi termenung jauh memandang keindahan matahari yang sedan terbenam. Fikirannya terbawa jauh ke empat tahun yang lalu, saat pertemuannya dengan Lara dan Memey. Saat hatinya terluka kerana Lara lebih meminati Helmi daripadanya. Andai Lara tidak memendam rasa terhadap Helmi pasti dari dulu lagi dia merasa bahagia bersama Lara. Memey yang disangkanya baik ternyata jauh berbeza sekali. 'Sayang, Memey tak dapat keluarlah hari ini. Memey keluar dengan kawan lama kitaorang dah lama tak jumpa', ucap Memey didalam talian. 'Owh, tak apalah sayang mesti rindu nak jumpa kawan lama tu kan?', gurau Raeyi. 'Sorry sayang, esok kita keluar ya', pujuk Memey. 'Sayang, kan Raeyi dah kata tak apa. Lagipun nampaknya Raeyi kena temankan client ne makan malam',ujar Raeyi. Memey tergelak. 'Okay sayang, Memey pergi dulu ya. Kawan Memey dah sampai dah. Love you, nanti text Memey kalau nak balik dah', ucap Memey dihujung talian. 'Love you too', balas Raeyi seraya meletakkan telefon. Raeyi tersenyum gembira, lantas masuk semula untuk makan malam bersama client. Dia menaiki lif untuk ke dewan makan yang terletak di tingkat 1. Hari itu, terlalu ramai orang yang masuk kedalam lif tu dan semasa pintu lif hendak di tutup, kelihatan Memey sedang meluru masuk ke dalam lif diekori seorang lelaki tua dibelakangnya. Oleh kerana Raeyi berada dibelakang, amat susah baginya untuk menegur lalu dia mengambil keputusan untuk memberi kejutan kepada Memey. 'Kawan lama dia tinggal kat hotel ne kot', fikir Raeyi sendiri. Apabila tiba di tingkat 9 barulah Memey dan seorang lelaki tua itu keluar. Raeyi mengekori mereka dari belakang namun betapa hancur hatinya apabila melihat Memey berkepit dengan lelaki tua itu. Mereka juga kelihatan sangat mesra. Akhirnya mereka masuk kedalam sebuah bilik di hotel itu. Raeyi tidak tahu untuk berbuat apa-apa kerana fikirannya buntu. Keliru dan tidak percaya apa yang dilihat olehnya sebentar tadi. Dia mendekatkan telinganya ke pintu bilik yang dimasuki oleh Memey, apa yang didengar hanyalah gelak tawa Memey yang manja. Dia pun mengetuk pintu bilik itu. 'Sayang, tolong buka pintu', arah Datuk R kepada Memey.

Memey terpaku melihat Raeyi yang berada dihadapan pintu bilik hotel itu. 'Inikah kawan lama awak tu?', soal Raeyi. Memey mula rasa gelabah dan cemas, tidak tahu apa yang hendak dikatakan. 'Sayang.. Memey boleh jelaskan', ujar Memey seraya mengenggam tangan Raeyi namun Raeyi menempis. 'Apa lagi yang kau nak terangkan sedangkan segalanya sudah terbukti didepan mata. Mana kau letak maruah kau? Aku pegang tangan kau pun tak pernah sebab aku hormat kau sebagai seorang wanita muslim. Rupa-rupanya tudung kau ne menutupi segala keburukan kau selama ini', tempik Raeyi. 'Sayang, dengar dulu..', rayu Memey seraya menarik lengan Raeyi. 'Lepaskan aku, cukup sampai disini sahaja', ucap Raeyi sambil berlalu meninggalkan Memey. Hatinya betul-betul hancur dan kecewa. Memey mahu mengejar Raeyi namun Datuk R sudah keluar dari bilik mandi dan memanggilnya. Sejak dari hari itu, Raeyi mengelak dari bertemu dengan Memey namun Memey masih tidak berputus asa untuk meminta peluang kedua daripadanya. Akhirnya, dia menerima tawaran dari syarikatnya untuk menjalani kursus perniagaan selama 6 bulan di US. Sejak itu, dia tidak lagi mendengar berita tentang Memey sehingga hari mereka bertemu semula. 'Jauh termenung', tegur Lara. Raeyi berpaling ke arahnya dan menghadiahkan satu senyuman. 'Awak apa khabar?', soal Lara lalu duduk di sisi Raeyi. Waqie hanya melihat dari jauh. Ikutkan hatinya, dia mahu berada di sisi Lara namun Lara mahu dia sendiri yang menyelesaikan masalah itu. 'Saya sihat, Alhamdulillah', jawab Raeyi. Lara dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Raeyi namun dia harus berterus-terang. 'Sorry', tutur Raeyi apabila Lara hanya berdiam diri. 'Huh? Kenapa pula?', soal Lara hairan. 'Sebab saya dah lama tak hubungi awak, saya sibuk selama ne sebab tu saya tak dapat nak hubungi awak',terangnya. Lara menjadi serba salah. 'Emm..tak apa', jawabnya ringkas. 'Kenapa awak nak jumpa saya ne? Awak rindu saya ya?', soal Raeyi menambahkan lagi rasa gundah Lara. 'Sebenarnya, saya nak bagi awak ini', ucap Lara seraya menyerahkan sampul surat kepada Raeyi. 'Apa ini?', soal Raeyi hairan. 'Awak tengok sendirilah', jawab Lara lalu Raeyi mengambil sampul itu dari tangan Lara. Dia membuka pelahan sampul yang berwarna putih itu. Di dalamnya ada satu kad yang berwarna ungu. Raeyi membuka kad jemputan itu, secara tiba-tiba air mukanya berubah.

'Apa ne Lara?', soal Raeyi. Lara hanya menunduk, cuba mengumpul kekuatan. Seketika dia memandang ke arah Waqie yang sedang menunggunya di sudut restoran yang terletak berdekatan dengan laut. 'Segalanya dah jelas dalam kad jemputan tu', jawab Lara. Raeyi mengusap rambutnya. 'What about us Lara?', tanya Raeyi. Hatinya sangat sakit dah terluka ketika ini. 'Kita tak ada apa-apa Raeyi. Tak pernah ada hubungan istimewa, selama ini kita hanya berteman baik', ujar Lara seraya melarikan pandangannya. Raeyi menarik lengan Lara seraya itu juga Waqie berdiri dan menuju kearah mereka. Waqie menempis tangan Raeyi dari lengan Lara. 'Please don't touch my wife', tuturnya menyebabkan Raeyi lagi terkejut. 'Dia belum jadi isteri kau lagilah',ucap Raeyi sambil memandang Lara meminta kepastian tentang apa yang diperkatakan oleh Waqie. Lara memegang tangan Waqie. 'He's my husband. Kami dah dekat 6bulan dah berkhawin tapi banyak orang tak tahu sebab kitaorang cuma buat majlis akad nikah saja dulu. Sekarang nak buat secara official pula', terang Lara. Raeyi menarik nafasnya perlahan, tidak percaya dengan apa yang sedang dilaluinya. 'Saya harap awak dapat datang ke majlis perkhawinan kami. Saya doakan awak bahagia dengan orang lain', ucap Lara lagi. Raeyi hanya tertunduk dan kaku di situ. Dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, mahu menangis tapi air matanya langsung tidak mahu keluar. Lara dan Waqie berlalu dari situ meninggalkan Raeyi sendirian. 'Kenapa Lara? Kenapa awak buat saya begini?Kenapa?', teriaknya. Lama dia terduduk ditepi laut memandang matahari yang sudah terbenam. 'Apa kurangnya aku Lara? Adakah kau juga sama dengan perempuan lain yang mahukan harta daripada keikhlasan?', desis hatinya sendiri. Kenangannya bersama Lara kembali berputar diingatan namun apakan daya Lara sudah menjadi milik orang lain. Raeyi berdiri dan mula berjalan menuju ketempat parking keretanya dengan langkah yang longlai. Dia seperti telah kehilangan separuh daripada jiwanya. Dia tidak dapat menerima kenyataan ini, kehilangan wanita yang dicintainya buat kali kedua. Raeyi menghidupkan enjin keretanya lalu bergerak namun dia tidak tahu kemana hala tujunya.

'Sayang, you pergi tak majlis perkhawinan anak Datuk Luqman tu?', soal Memey sambil mengurut bahu Datuk R. Memey mahu menghadiri majlis itu agar dia dapat melaksanakan rancangannya. 'Mestilah I pergi, Datuk Luqman kan best friend I', ujar Datuk R. 'I nak ikut boleh tak?', soal Memey lagi. Datuk R menarik tangan Memey agar duduk berdepan dengannya. 'Sayang, bukan I tak nak bawa you tapi isteri I mesti nak ikut nanti', tutur Datuk R. Memey menarik mukanya, pura-pura merajuk dengan Datuk R. 'Sayangg..', panggil Datuk R lembut. Memey masih juga merajuk. 'Okay, macam ne kalau you nak pergi. You boleh pergi tapi kita tak boleh pergi bersama-sama. Kad jemputan I, sayang boleh guna untuk masuk nanti tapi ingat kita buat-buat tak kenal okay?', ujar Datuk R lalu Memey tersenyum gembira. 'Thank you sayang', ucapnya seraya memeluk Datuk R. 'Kau tunggulah nasib kau nanti Lara', bisik hatinya. Jay menunggu Memey ditempat biasa namun sudah hampir setangah jam, Memey masih belum muncul. 'Sorry, sayang lambat', tutur Memey dengan nafas yang tercungap-cungap. 'Lambatlah sayang ne, abang dah lama tunggu tahu', kata Jay. 'Kan sayang dah minta maaf tadi, lagipun bukan sengaja nak lambat-lambat', marah Memey. Seketika mereka terdiam. 'Dah jom masuk, panaslah dekat sini', ajak Jay akhirnya mengalah dengan karenah Memey. Mereka pun masuk kedalam sebuah cafe dan memesan minuman. 'Nah', kata Memey lalu menyerahkan sebuah sampul kepada Jay. 'Apa ne?', tanyanya. 'Buka dan tengoklah sendiri', marah Memey. Jay mengambil sampul itu dan membukanya pelahan. Dia terkejut membaca isi kandungan sampul itu. 'Kenapa?', soal Memey haniran dengan perubahan riak wajah Jay. 'Emm.. tak ada apa-apa. Siapa yang nak khawin ne?', soalnya menyembunyikan rasa yang sedang bercampur baur didalam dada. 'Lara, ingat lagi tak? yang terserempak dengan kita di McD hari itu', terang Memey cuba mengingatkan Jay. 'Oh, dia nak khawin dengan lelaki hari tu kar?', soal Jay lagi. 'Taklah, dia khawin dengan orang lain. Biasalah dia tu, bercinta dnegan orang lain. Khawin dengan orang lain', ucap Memey. Jay terdiam. 'Tak sangka kau pun macam perempuan lain juga, Lara', desis hatinya. 'Nanti kita pergi okay, abang pakai smart sikit tahu sebab yang hadir tu semua orang kaya-kaya', kata Memey. Jay sekadar mengangguk. Dia sebenarnya rasa sangat kecewa dengan berita ini, hasratnya untuk bersama Lara semula kini sudah terkubur kerana Lara sudah mempunyai lelaki lain. 'Hebat kau Lara, rupanya kau pun mata duitan juga ya', gumamnya sendiri. 'Dah jom kita pergi shopping baju untuk majlis perkhawinan Lara', ajak Memey. Jay bingkas bangun dan berjalan seiringan dengan Memey. Dia berfikir seketika, lama-kelamaan dia tersenyum sendiri. 'Aku tahulah nak buat apa untuk dapatkan kau kembali Lara', desis hatinya.

'Eh, Lara kau balik sendiri kar?', soal Nadz. 'Eyalah, Waqiekan ada meeting lagi, so aku ingat nak balik dululah. Aku penatlah lagipun aku kena memanjakan diri aku sebelum majlis aku nanti', kata Lara sambil tersengih. 'Kalau macam tu, biar aku hantar kau pulang. Lagipun aku nak keluar dengan Reza ne', ajak Nadz. Lara tersenyum melihat Nadz. 'Kau dah bahagia sekarangkan. Tak apalah biar aku naik teksi sahaja lagipun nanti ganggu korang pula', ucap Lara. Nadz mencebikkan bibir. 'Tak boleh, aku kena pastikan kau pulang dengan selamat lagipun dah malam dah ne. Tak baik kau naik teksi seorang-seorang bahaya', nasihat Nadz. 'Alah baru pukul 8 lebih, masih ramai oranglah', kata Lara. Nadz tetap tidak mahu Lara menaiki teksi kerana dia merasa tidak sedap hati. Berkali-kali dia memaksa Lara untuk mengikutinya namun Lara tetap berkeras untuk pulang sendiri. Akhirnya Nadz mengalah dan membiarkan Lara pulang sendiri. 'Okaylah, lagipun aku nak singgah kat kereta Waqie kejap ambil handphone aku lepas tu aku baliklah', ujar Lara. 'Kalau macam tu, kau hati-hati ya', pesan Nadz. Lara punya berjalan menuju ke tempat Waqie meletakkan kereta mereka. Semasa dia berjalan, dia terasa seperti ada seseorang yang mengekorinya namun apabila dia menoleh kebelakang tiada sesiapa di situ. 'Perasaan aku jak rupanya', bisik hatinya. Dia pun meneruskan perjalanannya. Semasa hendak sampai ke kereta Waqie, tiba-tiba mulutnya di tekup dari belakang oleh seseorang. Lara terkejut dan meronta-ronta, beg tangan dan kunci kereta terlepas dari tangannya. Lelaki itu mengheretnya ke dinding. 'Lepaskan saya, tolong', jeritnya namun tidak ada sesiapa disitu. Mungkin juga Pak guard sedang melakukan rondaan. Lelaki itu membuka topeng mukanya. 'Jay?', ucap Lara terkejut. 'Hai Lara, apa khabar? aku dengar kau dah nak khawin dah sebab tu aku datang nak jumpa kau', tutur Jay. 'Kau nak apa daripada aku?', soal Lara dengan wajah yang bengis. 'Aku nak kau', kata Jay seraya mendepakan tangan Lara cuba untuk mencium leher Lara. 'Lepaskan aku', jerit Lara sambil menendang aset berharga Jay. Dia melepaskan Lara kerana rasa sakit ditendang. 'Kenapa kalau dengan aku , kau tak nak tapi dengan lelaki lain kau mahu pula', marah Jay seraya memeluk Lara. 'Lepaskan aku, lepaskan aku. Tolonggggg', jerit Lara. 'Tolonglah Jay, jangan buat aku begini', pintanya. 'Kenapa aku tak boleh nak sentuh kau sedangkan kau boleh pula bertukar-tukar lelaki', tempiak Jay. Lara mula menangis.

Lara hanya mampu berdoa agar ada orang yang akan menyelamatkannya. 'Lepaskan aku Jay, aku merayu dengan kau', pinta Lara dengan air mata yang mula mengalir. Namun Jay tetap tidak mahu melepaskannya dan mencuba untuk mencium leher Lara tetapi Lara mengelak. Lara mengumpul seluruh tenaga yang ada untuk melawan kudrat Jay. Dia menolak Jay jauh dari tubuhnya dan menampar Jay. 'Tidak cukupkah lagi dengan apa yang kau dah buat dulu? Kau dah tinggalkan aku tanpa fikirkan perasaan aku dan sekarang kau kembali ketika aku dah bahagia Jay. Kau nak apa sebenarnya ne?', soal Lara berkali-kali. Jay berdiri semula. 'Aku nak kau semula Lara. Aku tak jumpa kebahagian aku, aku rindukan kau', jawabnya sambil memeluk Lara namun Lara menolaknya lagi. 'Kau dah lupakah?', soal Lara. Jay mengerutkan dahinya. 'Kau juga yang katakan dulu, biar sepuluh kali dunia tunggang terbalik pun, kau takkan pernah kembali dengan aku', ucap Lara. Jay terkesima. 'Aku nak minta maaf waktu tu aku tak tahu apa yang aku cakap. Aku keliru Lara, maafkan aku bagilah aku peluang untuk bersama kau semula. Aku menyesal Lara', pintanya. 'Maafkan aku. Aku tak boleh terima kau semula. Aku dah cukup bahagia sekarang', tutur Lara namun Jay terus memaksa. Lara menghadiahkannya sebuah tamparan lagi. 'Dulu aku merayu-rayu minta peluang dengan kau ada kau peduli?. Hampir dua tahun aku cuba melupakan kau, aku rindukan kau tapi pernah tak walaupun sekali kau cuba untuk mencari aku? Tak pernah Jay. Aku dah buktikan cinta aku terhadap kau dulu, walaupun aku dihina dan di caci tapi aku tetap bertahan bersama kau. Cuma kau saja yang tak pernah menyedarinya sebab cinta kau tak pernah tulus terhadap aku. Aku menangis setiap malam berharap kau akan kembali namun kau tetap tak berpaling semula. Aku yang terseksa di sini Jay bukan kau, aku dah bagi kau peluang tapi kau sia-siakan. Maaf, saya tak mahu bersama awak lagi sebab saya dah bahagia dengan lelaki yang tulus mencintai saya sekarang', luah Lara. Rasa yang sudah dipendam selama ini akhirnya terkeluar. 'Lara, saya minta maaf. Tolong maafkan saya sebab tak pernah menyedari semua tu', pinta Jay. Lara menyeka airmatanya dan mula melangkah pergi. Jay hanya berdiri kaku disana dan seketika Lara menoleh semula. 'Daun yang sudah gugur dari dahannya takkan pernah bersatu semula kerana daun itu akan terbang ditiup angin. Semoga awak bahagia bersama-sama Memey. Saya dah lama maafkan awak jadi tolong jangan ganggu saya lagi', ucap Lara dan pergi meninggalkan Jay. Rupa-rupanya drama itu telah dilihat oleh Memey dan makin bertambah bencinya terhadap Lara apabila mengetahui kisah cinta Lara dan Jay. 'Kau siap Lara', bisik hatinya.

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 30