Rasa Yang Terpendam (Epilog)
‘Ehh, Nadz awak tak pergi airport kar?’, soal Waqie apabila melihat Nadz masih lagi kaku di meja kerjanya. ‘Buat apa bos?’, soal Nadz pula, pura-pura tidak mengerti. Waqie memandang Nadz tanpa berkelip. ‘Nadz peluang datang hanya sekali. Jangan sampai awak menyesal buat kedua kali pula’, nasihat Waqie. ‘Sebab saya tak nak menyesallah, saya tak nak pergi. Mungkin dia bukan pilihan saya’, jawab Nadz. ‘Choice is in your hand, so it’s up to you’, ucap Waqie sambil berlalu pergi. Nadz memandang keluar tingkap pejabat, dia mahu memilih Ismail namun mengapa hatinya tidak gembira?. Dia mengeluh sendiri. ‘Aku harus yakin dengan pilihan aku sebab aku yang tentukan bukan orang lain.’, ucapnya sendiri lalu mula melangkah keluar dari pejabat. Sedang asyik membelek-belek baju, tiba-tiba Nadz ditegur oleh seseorang. ‘Hye, Nadz kan?’, tegur wanita itu. ‘Ya, Amy kan? Lama kita tak jumpa, kau dah semakin cantik sekarang ya’, puji Nadz. ‘Tak adalah biasa jak pun. Ehh, apasala kau tak datang masa Ismail ...