Rasa Yang Terpendam 22
Sewaktu Waqie keluar dari bilik mandi, Lara sudah tiada. Waqie menarik nafas lega kerana dia pun malu untuk bersemuka dengan Lara selepas apa yang terjadi tadi. Selesai menunaikan solat maghrib, dia pun turun ke bawah untuk menjenguk Mak Long. Kedengaran riuh rendah ruang tamu dengan suara anak Kak Timah dan Abang Tahir. Mak Long mempunyai 5 orang anak iaitu Fatimah, Fatahir, Fatira, Fasha & Fahmi hasil pernikahannya dengan Pak Long, Haji Fathullah. Mak Long adalah kakak kepada ayah. Kak Timah dikurniakan 5orang cahaya mata hasil perkhawinannya dengan Abang Uzair dan anak mereka yang paling bungso baru berusia 4bulan. Abang Tahir pula dikurniakan 3 orang cahaya mata. Minggu ini semua anak Mak Long pulang untuk meraikan kejayaan Tira sebab itulah rumah ini riuh rendah dengan setiap celoteh mereka. 'Hah, Qie buat apa tercegat kat situ tu? Tolong pegang Zara ne kejap', pinta Kak Timah seraya menyerahkan anak bungsonya kepada Waqie. Dia teragak-agak untuk mengendong Zara kerana belum pernah sepanjang hidupnya mengendong bayi. 'Mana Abang Uzair?', tanya Waqie sambil mengetatkan pegangannya, khuatir Zara terjatuh olehnya. 'Ada hah kat dapur tadi tolong Mak potong ayam, bini kamu pun ada sekali tolong memasak kat dapur tu', jawab Kak Timah sambil sibuk membancuh susu untuk Zara. 'Pandai kar dia masak?', tanyanya dalam hati seraya memanjangkan lehernya menjenguk ke ruang dapur. 'Kamu ne Qie sepatutnya dah belajar macam mana nak jaga anak. Nanti kalau Lara dah mengandung senanglah sikit', tutur Kak Timah sambil menggoncangkan botol susu Zara. Waqie hanya tersengih mendengar nasihat Kak Timah, dalam hatinya terbit rasa ingin tahu bagaimana rupa Lara jika dia mengandung. 'Qie bawa Zara kesini', arah Kak Timah sambil berjalan menuju keruang tamu dan meletakkan Zara kedalam kandang bayi. 'Qie tolong bagi Zara minum susu nie lepas dia minum Qie angkat tahu, tepuk-tepuk belakang dia pelahan-lahan', arah Kak Timah lagi seraya berdiri apabila Waqie menggangguk.
Waqie masih tersenyum-senyum sendiri sambil menyusukan Zara. 'Uncle Qie kenapa senyum-senyum sendiri ne?', sergah Zira serta merta mematikan senyuman Waqie. 'Papa kata, kalau orang senyum-senyum sendiri maknanya dia tu dah jatuh cinta', omel Zira lagi, anak Kak Timah yang sulung berusia 11 tahun. Waqie menghadiahkan senyuman manis kepada Zira. 'Memang uncle dah jatuh cinta pun', tutur Waqie tanpa segan silu kepada Zira. 'Eh, kuzi-kuzi mari sini, uncle dah jatuh cinta', teriak Zira kepada sepupunya yang lain. Lantas semua anak buah Waqie duduk dihadapannya, dia mengangkat Zara yang telah menghabiskan susu lalu meletakkan Zara di pangkuannya sambil menepuk-nepuk belakang Zara seperti yang diarahkan oleh Kak Timah tadi. 'Betul kar uncle dah jatuh cinta?'. 'Tapi uncle jatuh cinta dengan siapa? uncle kan dah ada Aunt Lara', soal anak buahnya namun dia hanya tersenyum riang. 'Uncle jatuh cinta dengan perempuan yang garang tahu, jangankan nak tengok, jeling pun tak boleh', ucapnya dengan senyuman sampai ke telinga. 'Eeh, uncle ne tak takut kar? diakan garang kenapa uncle nak jatuh cinta dengan dia pulak?', tanya Aiman manakala anak buahnya yang perempuan sudah menutup mulut barangkali malu mendengar cerita sebegitu. 'Makin dia garang, makin uncle suka', jawab Waqie seraya matanya menghala ke dapur. 'Siapa nama perempuan tu uncle? bagitahu Aunt Lara, Uncle curang dengan dia', kata mimi pula. Waqie hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya. 'Ana tak cuka, Uncle dan Aunt Lara dah ceraci bercama. Uncle jatuh cintalah dengan Aunt Lara.', tutur Ana yang tidak boleh menyebut huruf 'S' dengan baik. Suara riuh rendah dari dapur memberhentikan niat Waqie untuk bercerita dengan lebih lanjut lagi apabila kelihatan Mak Long keluar dari dapur bersama Lara. Waqie berpura-pura bermain bersama-sama Zara, takut jika matanya bertembung dengan mata Lara pasti tidak tidur malam Waqie nanti.
'Semua dah siap?', tanya Pak Long yang baru masuk ke dalam rumah. 'Dah Bang, tinggal nak makan jak tapi elok kalau kita solat jemaah dulu lepas tu kita makan sama-sama', cadang Mak Long. 'Elok juga cadangan awak tu', kata Pak Long setuju dengan cadangan isterinya. 'Err.. Mak Long biar Lara hidangkan semuanya sebab Lara tak boleh solat. Maklumlah cuti sakit', ucap Lara. 'Ehh.. tak apa nanti lepas solat biar kita semua hidangkan. Lara pergilah rehat kejap dari tadi tak dah rehat Mak Long tengok', tutur Mak Long pula. 'Tapi..'. 'Sayangg.. tolong pegang baby ne kejap, Qie nak solat jemaah dan memandangkan sayang cuti sakit apa kata sayang tolong jagakan baby Kak Timah. Disamping itu, bolehlah sayang praktikal macam mana nak jaga baby. Senanglah nantikan kalau kita ada baby', tutur Waqie membuatkan wajah Lara merona merah. 'Ehh.. monyet ne, boleh pula dia cakap begitu depan semua orang', getus hati Lara menahan malu. Waqie menyerahkan Zara kepada Lara, walaupun Lara sebenarnya tidak pandai dalam bab-bab menjaga baby ne tapi dia tak mahu dimalukan depan keluarga Waqie. Sebuah cubitan sempat dihadiahkan kepada Lara dilengan Waqie. 'Amboii sweetnya pengantin baru ne, siap main cubit-cunit sayang lagi', kata Kak Timah yang muncul dari belakang Lara. Waqie dan Lara tersipu malu. 'Dah jom kita solat karang sejuk pulak lauk tu', celah Pak Long. 'Sayang..', ucap Lara tiba-tiba menyebabkan mereka semua berpaling kearahnya. Malu pula bila semua mata tertumpu kepadanya namun dia mahu membalas kata-kata Waqie tadi. 'Nanti solat doakan kita cepat-cepat dapat baby ya. Kalau boleh sayang nak anak kembar', ucap Lara selamba menyembunyikan getar dihati. Mereka semua tergelak mendengar kata-kataku. 'Wahh, Qie kau kena usaha lebih ne', kata Abang Uzair seraya menepuk bahunya. 'Boleh Sahaja Sayang, tapi malam-malam kita kena usahalah', jawabnya membuatkan ketawa seluruh isi rumah bergema termasuk anak-anak buah Waqie yang menutup mulut menahan rasa malu. 'Eh, monyet ne aku kenakan dia, dia kenakan aku balik pula', geram Lara dalam hati.
Semua anak buah Waqie berebut-rebut mahu dekat dengan Lara. Lara yang sedang mengendong Zara berasa tidak selesa apabila anak-anak buah Waqie menarik-narik bajunya. Tawarannya untuk mencuci pinggan selepas makan tadi ditolak oleh Mak Long. Dan kini dia tersepit dengan anak-anak buah Waqie, bukan dia tidak suka dengan mereka tapi masing-masing tidak mahu memahami keadaannya. Waqie yang turun dari tingkat atas hanya duduk di tangga sambil memandang telefon bimbitnya. Dia tersengih melihat Lara namun dia berpura-pura tidak nampak hanya membiarkannya sambil merakam riak wajah Lara yang sedang tersepit. Lara terpandang Waqie yang hanya ketawa di tangga melihat sesuatu dalam telefonnya. 'Dia tahu pandang jak bukan nak tolong aku pun. Kalau beginilah memang langsung tak sesuai ada anak dengan dia ne', gumam hati Lara. 'Puan Lara Ariana jugakan yang nak ada anak tadi. Siap nak anak kembar lagi tu', jawab Waqie. Semakin lama Lara rasa Waqie makin dapat membaca fikirannya. 'Sayang, mari sini dekat uncle. Jangan dekat Aunt garang tu nanti kena telan baru tahu', panggil Waqie lantas semua anak buahnya berlari menuju kearahnya. 'Aunt garang? huh!', ucapnya pelahan dengan nada geram. 'Uncle, perempuan tu kar yang buat uncle jatuh cinta?', tanya Aiman namun dengan pantas Waqie menutup mulutnya. Lara yang terdengar kata-kata Aiman terkedu. 'Siapa yang Aiman maksudkan?', soalnya dalam hati. 'Shh.. korang semua, tak baik tahu pecahkan rahsia uncle', ucap Waqie seraya menyuruh anak buahnya menyimpan rahsia. 'Dah pergi tidur, besukkan nak bangun awal. Banyak kerja kita nak buat esok', arah Waqie. 'Eh, tak nak salam Aunt cantik kar?', sergah Lara apabila mereka mulai mendaki tangga. Mereka turun semula lalu menyalami dan mencium pipi Lara dan Waqie. 'Gosok gigi dan ambil wudhu sebelum tidur ya sayang', pesan Lara.
'Ehem..awak tak nak tidur kar?', tanya Waqie tiba-tiba apabila suasana sepi meyelubungi mereka. 'Emm..saya penat juga tapi Zara siapa nak jaga? Kak Timah masih sibuk buat kuih kat dapur tu. Nak tolong tapi saya bukannya pandai sangat buat semua tu jadi tawarkan diri menjaga Zara.' luah Lara. 'Memang awak kerja kat dapur satu pun tak tahu nak buat', kata Waqie pelahan. 'Apa awak kata?'. 'Eh, tak ada apa-apa', ucapnya tersengih. Buat seketika mereka menyepi semula, Lara melayan karenah Zara tanpa mempedulikan Waqie yang masih berdiri. Dalam diam Waqie tersenyum lagi melihat gelagat Lara melayani karenah Zara. 'Comelnya', pujinya. 'Apa? siapa yang comel?', tanya Lara tiba-tiba. 'Err..Zara tu comel sangat', bohongnya padahal dia sedang memuji tingkah Lara. 'Saya ingat saya yang comel', kata Lara tersengih. 'Jangan nak perasan', tempis Waqie. Lara mulai mencium pipi Zara, geram melihat pipi tembamnya dan tiba-tiba ingatannya kembali kepada peristiwa petang tadi. Ciuman pertama Waqie untuknya, dia tidak pula melarang atau marah malah dia juga merelakannya. Lantas mata mereka bertembung lama seperti sedang mencari jawapan disetiap mata masing-masing. 'Err.. Lara boleh tak tolong Kak Timah?', sergah kak Timah seraya meleraikan pandangan mata mereka. 'Tolong apa Kak?', tanya Lara. 'Ehh Waqie pun ada, memang baguslah. Waqie tolong angkat kandang bayi Zara keatas. Malam ne tolong jagakan Zara, Kak nak tolong Mak memasak, boleh?', pinta Kak Timah. Bukannya mereka tidak mampu menempah katering namun mereka lebih suka memasak sendiri lagipun banyak orang-orang kampung yang datang membantu. 'Huh?', jawab mereka serentak. 'Maksud Kak Timah?', tanya Waqie bingung. 'Lahh malam ne biarlah Zara tidur dengan korang lagipun Lara kan cuti mana boleh juga nak 'usaha' dapat kembar', gurau kak Timah menyebabkan Lara tersipu malu.
Malam ini Lara dan Waqie akan menjaga Zara dan nampaknya praktikal sudah bermula untuk menjaga bayi walaupun mereka belum pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri yang sebenar. Lara senang dengan adanya Zara kerana dia tidak perlu berasa kekok untuk berdua-duaan bersama Waqie didalam bilik selepas kejadian petang tadi. 'Apa perasaan menjadi ayah ya?', tanya Waqie memecah keheningan malam didalam bilik mereka. Waqie baring disebelah Zara yang diletakkan ditengah-tengah mereka. 'Manalah saya tahu. Saya belum ada anak', jawab Lara. 'You mean us?', tanya Waqie lagi sambil tersengih. 'Eh, bila masa pulak saya nak ada anak dengan awak? tak ingin tahu', ucapnya. Waqie hanya tersengih kerana baru dia meyedari panggilan kau dan aku telah bertukar kepada saya, awak. 'Lagi satu, siapa suruh awak tidur atas katil? pergi sana tidur kat lantai', arah Lara. 'Alah takkan tak boleh lagipun Zara ada ne, kalau dia nangis saya boleh tolong dodoikan', rayunya. 'Tak ada, awak ingat saya tak tahu kar yang awak tu suka mengambil kesempatan? turun sekarang', arahnya dengan tegas. 'Kalau Zara jatuh macam mana? lagipun tak baik biarkan baby ne tanpa ada teman di sisi kiri dan kanan. Awak tahulah kan baby ne masih darah baru', katanya. Lara tidak menafikan kebenaran kata-kata Waqie. Dia pun menggangguk tanda setuju tapi dengan syarat Waqie tidak boleh mengambil kesempatan langsung. Akhirnya, Lara terlena juga kerana telalu penat seharian tanpa rehat. Waqie tersenyum melihat Lara yang sedang tidur nyenyak, dia menyentuh wajah Lara dan menghadiahkan satu kucupan di dahi Lara. 'Sorry, I've to broke my promise. You know what? I think I've started to love you, Puan Lara Ariana', ucapnya dalam hati seraya memejamkan mata dengan harapan masih ada ruang untuk mereka mencipta kasih. 'Macam mana?', tanya Mak Long. 'Beres Mak, dah suruh mereka jaga Zara. Mudah-mudahan lepas ne adalah hasilnya', balas Kak Timah. 'Baguskan cadangan Mak', kata Mak Long lagi seraya tersenyum. Mereka yang sengaja merancang membiarkan Zara dijaga oleh Waqie dan Lara agar hubungan mereka lebih rapat lagi.

Comments
Post a Comment