Rasa Yang Terpendam 21

Aku hanya mencebikkan muka tanpa mempedulikan Waqie yang asyik tersengih-sengih memandu kereta. 'Gila ya tersengih-sengih sendiri?', marahku menyebabkan tawanya pecah. 'Puan Lara Ariana comellah bila marah dan buat muka bodoh', katanya sambil tergelak lalu aku mencubit lengannya. 'Eh, janganlah saya tengah driving ne', tuturnya sambil menahan kesakitan. 'Kau tahukah gara-gara kau, aku tak dapat pergi temujanji aku', bohongku padahal aku tidak ada berjanji untuk keluar kemana-mana bersama Raeyi. 'Nak keluar dengan siapa? si Yiyi tu? Owh dah tak ingat dengan family bila ada Yiyi?', tanyanya. 'Family? maksud kau ? family akukan jauh dan sekarang kau dah bawa aku lari, tak tahu nak pergi mana. Kalau aku report kat mama aku nanti dorang boleh lapor polis tahu', balasnya menyebabkan tawa Waqie pecah semula. 'Ah, jangan tangan tu nak gatal lagi cubit orang, kurang harga kalau orang nak mengurat nanti', katanya apabila aku cuba untuk mencubitnya. Lantas aku memandang keluar tingkap kereta dimana hujan renyai-renyai mula menuruni bumi. 'Sayanggg, I miss you so much. Abang tak tahu kenapa sayang tapi abang tak boleh kalau sehari tak dapat dengar atau mesej sayang. Sayang amat berharga buat abang, jangan tinggalkan abang ya', tuturnya lembut membuatku rasa terharu. 'Eyalah tu, alah sekarang abang boleh katalah tak boleh hidup tanpa sayang nanti bila dah kahwin, abang kata menyesal pula kahwin dengan sayang', balasku mengujinya. 'Sayang! apa yang sayang cakap ne? abang tak suka bila sayang cakap macam tu. Sayang hanya untuk abang selama-lamanya tak ada yang dapat memisahkan kita, percayalah', tuturnya sambil menggenggam tanganku. 'Tapi kak ipar abang tak suka dengan sayang. Sayang tahu sayang tak sempurna abang dan andai dia tak suka, sayang tak tahu nak buat apa lagi', kataku mula serius menahan segala kesedihan yang tersimpan dalam jiwa ini. Salah faham telah mencetuskan sebuah peperangan antara aku dengan abang kandung Jay dan campur tangan kak iparnya telah menyebabkan hal ini menjadi besar. 'Dengar sini, Abang terima sayang  dari A-Z lebih atau kurang. Tak usah dengar cakap dia, lagipun yang hidup dengan sayang nanti abang juga bukan diorang', ucapnya membuatkanku lebih yakin dan percaya dengannya.

'Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu,
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu,
Kerana langkah merapu tanpa dirimu,
Oh kerana hati telah letih..
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan ..'

Lagu dealova nyanyian Once adalah lagu yang sering ditujukan oleh Jay kepada Lara kerana lirik lagu itu menggambarkan perasaan Jay terhadap Lara. Hubungan aku dengan Jay tidak ada masalah langsung namun kenapa Jay begitu tega meninggalkan aku, melupakan semua janji yang pernah terpatri. 'Aku benci, benci benci dengan kau. Aku tak sanggup lagi nak bersama dengan kau, jangankan seminit sesaat pun aku tidak mahu bersama kau lagi', tempiaknya padaku. 'Jay, jangan buat aku macam ne Jay. Mana janji-janji kau selama ini, kau kena tunaikan janji kau padaku', rayuku dengan air mata yang tidak berhenti mengalir. 'Kau percaya dengan janji lelaki, untuk pengetahuan kau lelaki hanya bermain dengan janji dan kata-kata sahaja. Kau memang bodoh kerana percaya!', tempiknya lagi membuatkan air mataku semakin gugur. Kenangan indah dan pahit bersama Jay bersilih ganti dalam fikiranku. Aku cuba untuk menutup telingaku namun seperti ada sesuatu yang menghalang tanganku daripada berbuat demikian. Akhirnya ku ingin berlari namun kakiku seperti telah di gam, inginku menjerit meminta pertolongan namun suaraku tersekat. Aku hanya menangis dan terus menangis berharap semua ini cumalah mimpi yang akan menyedarkan aku dari tidur yang panjang. Tiba-tiba aku terdengar suara seseorag sedang menyanyi, suara yang aku tidak kenali dan dia semakin menghampiriku mungkin mahu menyelamatkan aku.

'But if you want to cry
Cry on my shoulder
If you need someone who cares for you
If you're feeling sad your heart gets colder
Yes I show you what real love can do'

Sungguh merdu suaranya, dan kemudian dia mengangkat diriku yang masih dengan sisa tangisan. Entah mengapa aku rasa tenang dan selesa berada dekat dengannya. Wangian badannya sangat aku kenali namun aku tidak dapat memastikan siapa dia malah aku menyembamkan lagi wajahku dekat dadanya yang bidang..Bukk! 'Tempat apa ne? Aduii sakitnya belakang aku, siapa yang jatuhkan aku ar?', soalku sendiri sambil memandang sekeliling. 'Dah bangun Tuan puteri?', sergah satu suara lalu aku berpaling kearah suara itu. 'Eh, kau makan apa erk? badan jak kurus tapi berat macam 10paun beras', bebel Waqie. 'Aku kat mana ne? kenapa kau bawa aku ke sini dan lagi satu aku tak minta pun kau angkat aku', cebikku sambil menggosok-gosok belakangku yang masih terasa sakit. 'Eh eleh dia yang pura-pura tidur. Kau suka sangatkan dia angkat time tidur? siap menyembamkan muka kau tu di dada aku yang bidang ne', tutur waqie menyebabkan Lara terlopong sedar akan kebodohan sendiri akibat tertidur dalam kereta. 'Kalau tak kerana Mak Long dah lama dah aku biarkan kau tidur dalam kereta tu. Naik lenguh tangan aku angkat gergasi macam kau', tambahnya lagi cukup membuatkan telinga Lara panas dan mula menarik bantal disisinya. 'Ehhh, dia yang bawa aku kesini tanpa persetujuan aku lepas tu suka-suki dia jak nak cakap macam tu dengan aku. Lagipun dia buat apa bawa aku ke rumah Mak Long ne?', tanya Lara sendiri. 'Sebab Mak Long nak buat kenduri doa selamat untuk Kak Tira yang baru habis menamatkan ijazahnya', jawab Waqie seperti dapat membaca fikiran Lara sambil tersengih. Waqie mula berdiri dan membuka bajunya lalu mencapai tuala bersedia untuk mandi sementara Lara sedang mengumpul kekuatan untuk membaling bantal kearah Waqie.

Kedengaran seseorang berbisik ditelinganya. 'Jangan Lara nanti dia kenakan kau balik baru kau tahu', ucap satu suara. 'Baling jak Lara, siapa suruh dia jahat sangat. Kena bagi dia pengajaran sikit', tempis satu suara lagi lalu dengan sepenuh tenaga Lara mengangkat bantal dan membalingnya kearah Waqie. Waqie yang sedang melilit tuala mandinya di pinggang terkejut apabila kepalanya dibaling dengan bantal dan dengan pantas dia berpaling ke arah Lara. Wajahnya kelihatan seperti ingin menerkam Lara manakala Lara hanya berwajah selamba tanpa rasa bersalah walaupun hakiktnya dia menyesali perbuatannya sebentar tadi. Sekarang dia tidak tahu apa akan berlaku kepadanya kerana Waqie sedang menuju ke katil untuk menerkamnya. 'Siapa yang baling bantal ke arah saya?', tanya Waqie tegas menyebabkan Lara mulai kecut perut. 'Sa..sa..saya tak sengaja dan bukan saya yang buat tapi tangan saya', tutur lagi sedikit bergurau dengan harapan Waqie dapat menenangkan dirinya. 'Itulah Lara kan aku dah kata jangan tapi kau degil, kata satu suara namun semuanya sudah terlambat. Waqie mulai maju kearah Lara yang sedari tadi hanya berdiri sambil tertunduk. Lara mengundurkan diri sehingga tiada lagi ruang untuknya meloloskan diri. Waqie mendekatkan wajahnya ke wajah Lara sehingga wangian badan Lara menusuk ke rongga hidungnya. 'Ah wanginya dia ne', pujinya dalam hati. Dia menatap wajah Lara buat seketika, gadis dihadapannya ini sangat cantik dan sempurna cukup membuatkan lelaki terpikat bila memandangnya. Senyumannya juga boleh membuatkan lelaki tak tidur malam mengingatinya. Lara yang menunduk mula mengangkat mukanya dan untuk seketika mata mereka bertemu. Ibarat ada kuasa elektrik yang sedang mengalir dari pandangan mata mereka hingga arus elektrik itu mulai turun ke hati. Jantung mulai berdegup dengan pantas apabila suatu perasaan baru hinggap kedalam benak hati masing-masing.

Waqie makin mendekatkan wajahnya sehingga hidung mereka bertemu dan saat itu Lara mulai memejamkan matanya. Kedua-duanya mulai merasa cinta yang hadir dari pandangan mata, Waqie lupa dengan perbuatan Lara sebentar tadi dan kini dia sedang berperang dengan perasaan sendiri. Cupp! sebuah ciuman hinggap dibibir Lara. Lara membesarkan matanya terkejut dengan situasi itu. Buat pertama kalinya, seorang lelaki atau lebih tepat lagi suaminya yang sah menciumnya. Lara tidak tahu apa yang hendak dilakukan malah untuk bergerak juga dia tidak mampu. Waqie yang hanya bertuala mula memeluk pinggang Lara sambil menciumnya. 'Tok,tok, tok!', ketukan pintu mengejutkan mereka dan dengan pantas mereka jadi kalut tidak tahu mahu berbuat apa-apa. 'Buka pintu', arah Lara sambil menuding jari kearah pintu bilik mereka. 'Oh ya', jawab Waqie. Lara mengetap bibirnya sambil memegang dadanya yang sedang berombak laju. Nafasnya turun naik kerana situasi itu tadi. 'Apakah yang sedang berlaku dengan perasaan ini?', tanya Lara dalam hati. 'Baik Mak Long, nanti Qie turun makan dengan Lara. kitorang nak mandi dulu', jawap Waqie seraya menutup semula pintu bilik mereka. Lara yang sedang menenangkan perasaannya berdiri semula apabila Waqie tercegat memandangnya. 'Err.. kenapa?',tanya Lara sedikit gugup. 'Err.. Mak Long suruh kita turun makan tapi saya kata kita nak mandi dulu. Awak nak mandi dengan saya', tutur Waqie gugup. 'Huh? terkejut Lara mendengar soalan Waqie. 'Bukan maksud saya, awak tak nak mandi kar?', katanya membetulkan ayatnya tadi. 'Tak pa lah awak mandi dulu', ucap Lara. Waqie pun berlalu masuk kedalam bilik air. Di balik pintu bilik air itu, Waqie memegang dadanya yang sedang berombak laju dek kerana perbuatan spontannya dengan Lara tadi. Nafasnya juga turun naik, turun naik. 'Aku dah jatuh cinta kar?', tanyanya sendiri lalu menghidupkan air. 

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2