Posts

Showing posts from October, 2014

Cinta Satukan Kita 11

Khairul Daniel mula merasa resah. Sejak tiga hari yang lalu, Misha langsung tak endahkannya. ‘Kenapa dengan dia?’, soalnya sendiri. Khairil Daniel menjenguk bilik abangnya. Kelihatan Khairul Daniel sedang baring di atas katil sambil melihat iPhonenya. Khairil Daniel tersenyum. ‘Rindulah tu’, desis hatinya. Khairil Daniel membuat muka serius lalu menghampiri abangnya. ‘Abang, nenek suruh bersiap. Nenek nak ajak pergi wedding kawan dia malam ini’, ujarnya. Khairul Daniel memandang adiknya. ‘Adik berithau nenek, abang tak ada mood nak keluar hari ini’, kata Khairul Daniel. ‘Betul ini abang tak nak join ?’, soal Khairil Daniel sambil sedaya upaya menahan geli hati. Khairul Daniel membuntangkan mata. ‘Kenapa apa yang special sangat kalau abang ikut?’, soal Khairul Daniel bingung. Khairil Daniel menjongketkan bahu lalu berdiri. ‘Kalau abang tak nak ikut, tak apalah sebab tadi nenek dah ajak Kak Misha, ucap Khairil Daniel sambil melangkah keluar dari bilik Khairul Daniel. ‘Eh eleh budak i...

Cinta Satukan Kita 10

Sejak Khairul Daniel memujuk Misha, hubungan mereka menjadi lebih rapat walaupun mereka masih bertelingkah. Misha juga semakin bahagia. Setiap hari, Datin Linda melihat perubahan sikap Khairul Daniel. Dia juga lebih banyak meluangkan masa bersama Khairil Daniel. Datin Linda duduk disisi Khairul Daniel. ‘Terima kasih sebab Khairul dah boleh menerima Khairil’, ucap Datin Linda seraya menepuk paha Khairul Daniel. Kelihatan Khairil Daniel sedang ketawa bermain layang-layang bersama Misha. Khairul Daniel hanya tersenyum. ‘Sebenarnya, ayah kamu tak salah. Mak kamu yang nak Suzana bernikah dengan ayah kamu sebab dia tahu dia takkan hidup lama. Sebelum mak kamu meninggal dia memang nak beritahu kamu tetapi masa tu kamu sedang sibuk dengan peperiksaan SPM sebab tu dia tangguhkan. Nenek tak sangka pula, dia pergi semasa hari terakhir kamu menjawab soalan SPM’, Datin Linda mula membetulkan salah faham Khairul Daniel selama ini. Khairul Daniel memandang neneknya. ‘Kenapa nenek tak beritahu Khai...

Cinta Satukan Kita 9

Dania Ayerina berjalan keluar dari dewan pertunjukan fesyen menuju ke kawasan letak kereta. Tanpa disangka ada paparazzi yang datang kepadanya. ‘Hello cik Dania’, sapa paparazzi tersebut. Dania Ayerina segera memakai kaca matanya. Kehadiran paparazzi sangat mengejutkan kerana dia tidak pernah memanggil wartawan atau photographer untuk membuat liputan kerjanya hari ini. Dia cuba berlagak tenang dan memberikan senyuman. ‘Boleh saya temu ramah cik Dania sebentar?’, izinnya dengan senyuman sinis. Dania Ayerina melihat sekelilingnya, dia berharapa agar pengurusnya sampai dengan cepat. ‘Emm, tapi saya kena cepat ini sebab saya kena bertolak ke airport’, Dania Ayerina cuba memberi alasan. ‘Alah, manager cik Dania pun belum ada lagi kan. Sekejap jak, 5 minit gitu’, ucapnya separuh memaksa. ‘Ehem, cik Dania kita kena bertolak sekarang kalau tak nanti terlepas kapal terbang’, ujar satu suara. Dania Ayerina berpaling kearah suara itu. ‘Edryan’, ucap bibirnya. Paparazzi tersebut terus mengamb...