Cinta Satukan Kita 1

Epilog

Orang ramai mula mengerumuni  kereta jenama Avanza yang berlanggar dengan sebuah lori. Pemandu dan seorang wanita di hadapan di lumuri dengan darah. Kereta itu, terjejas teruk akibat perlanggaran yang terjadi tadi. Di bahagian belakang, kelihatan seorang budak lelaki berusia 12 tahun sedang menangis. Badannya juga berlumuran dengan darah namun dia masih sedarkan diri. ‘Mama..Papa, Yana’, panggilnya seraya memandang kearah kedua orang tuanya yang tidak sedarkan diri.‘Sila beri laluan’, ucap satu suara. Laluan pun diberikan kepada anggota penyelamat dan ambulans. ‘Adik tak apa-apa?’, soal seorang petugas ambulans. Edryan hanya mendiamkan diri. Petugas itu cuba menenangkan Edryan sambil memeriksa keadaannya. ‘Abang..’, panggilnya lemah. ‘Ya, adik?’, jawab petugas itu. ‘Mama dengan papa saya okay tak?’, soalnya menyebabkan petugas itu terhenti dari menyapu ubat antiseptic. Dia memandang wajah budak lelaki itu dengan sayu namun masih juga digagahkan dirinya untuk tetap tersenyum. ‘In Sha Allah, mereka tak apa-apa’, jawabnya. Tidak lama kemudian, anggota bomba mula mengeluarkan Encik Iqram dan Puan Eifa dari kereta tersebut. Edryan didukung oleh petugas tadi dan membawanya ke kereta ambulans. 

Seorang rakannya, yang memeriksa keadaan Encik Iqram dan Puan Eifa memandang ke arah Edryan. Petugas yang menemani Edryan faham maksud pandangan rakannya itu. ‘Abang..’, panggil Edryan lagi. ‘Ya adik’, jawabnya mesra. ‘Kenapa mereka tutup muka Papa dan Mama Ryan?’, soalnya sambil memandang ke tempat mama dan papanya di letakkan. ‘Nama adik Ryan ya’, tutur petugas itu cuba berbasa basi. ‘Edryan, tapi mama dan papa selalu panggil Ryan jak’, jawabnya. Petugas itu tersenyum mesra.‘Sebentar lagi, Uncle adik akan datang. Adik sabar ya’, pujuk petugas itu. Edryan seakan mengerti dengan kata-kata petugas di hadapannya. ‘Adik?’, ucap bibirnya. ‘Adik..adik saya’, ucapnya tersekat-sekat.  Airmata mengalir lagi. ‘Sabar Ryan, adik siapa? Cuba cakap pelahan-lahan dengan abang’, tuturnya lembut. ‘Abang, kami sekeluarga ada empat orang. Papa, mama, saya dan adik bungso saya, Eryana’, terangnya. Petugas itu mula bingung. ‘Tapi..Kami Cuma jumpa tiga..’, kata-kata petugas itu terhenti apabila Encik Idham dan isterinya, Puan Kamariah menghampiri. ‘Ya Allah abang, apa dah jadi ne? Ed, Ed okay tak ne?’, soal Ummi seraya memeluk Edryan yang masih menangis. Baba dilihat sedang berbicara dengan petugas tadi. Sesekali kelihatan Baba menggelengkan kepala sambil memandang Edryan. 

‘Tak mungkin! Ini semua tak mungkin Baba’,jerit Edryan. Ummi masih memeluk Edryan Cuma menenangkan jiwa anak kecil itu. Ya Allah, betapa besar dugaan yang engkau berikan pada anak kecil seusia ini. Desis hati Ummi sambil cuba sedaya upaya menenangkan Edryan. ‘Ummi, tolong Ed ummi. Yana..kita mesti cari Yana’, pinta Edryan. ‘Ya sayang, Ummi dan Baba janji akan bantu Ed cari Yana’,janjinya. ‘Encik, jenazah mangsa sudah siap’, beritahu seorang jururawat. Encik Idham hanya mengangguk. Edryan sudah dimaklumkan tentang pemergian kedua orang tuanya namun dia masih berharap dapat menjejaki adik bungsonya yang hilang selepas kemalangan. Sejak pemergian kedua orang tuanya, dia menetap di rumah Encik Idham dan Puan Kamariah. ‘Ed, awak janganlah sedih macam ini’, pujuk Adam sepupunya. ‘Abang Ed, mari temankan Nina main patung Barbie’, ajak Nina. Edryan memandang Nina yang seusia dengan Eryana. Perlahan-lahan dia memeluk Nina dengan erat. ‘Abang, apa ne main peluk-peluk Nina? Bagitahu Baba dan Ummi’,ugut Nina yang baru berusia 7 tahun, langsung tidak mengerti apa-apa. Adam dan Edryan tertawa. ‘Adam janji akan bantu Ed cari Eryana’, janji Adam sambil mengenggam bahu Edryan. Dia mengangguk tanda setuju. ‘Papa, mama..Ryan akan cari Yana sampai dapat. Ryan akan tunaikan janji Ryan terhadap mama’,janjinya dalam hati. 

Di satu kawasan perkampungan, Encik Malik  berjalan dengan pantas sambil menoleh kebelakang. Takut-takut ada yang mengekorinya. Sesampai di rumah, dia mengunci pintu rumah rapat-rapat. Puan Haliza yang sibuk menyuapkan Marsha makanan pelik dengan tingkah suaminya.  ‘Apa yang abang dok mengendap tu?’, tegur Puan Haliza. ‘Astagafirullah Al-Azim..’, hampir terlopong mulut Puan Haliza melihat suaminya membawa seorang budak perempuan yang berlumuran darah. ‘Ya Allah bang, anak siapa ne?’, soal Puan Haliza. ‘Eh, awak boleh diam sikit tak? Nanti orang kampung dengarlah’,marah Encik Malik. ‘Apa taknya, abang buat Za panik, anak siapa ne bang. Cepatlah cerita’, pinta Puan Haliza sedikit gusar kalau-kalau suaminya ada berbuat silap. Dia memandang wajah anak perempuan itu, wajahnya sangat bersih walaupun ada sedikit luka. ‘Eyalah, eyalah. Saya akan ccerita tapi kita kena rawat budak ne dulu’,kat Encik Malik disertai dengan anggukan Puan Haliza. Selesai merawat budak perempuan itu, Encik Malik mula menceritakan kejadian pertemuannya dengan budak itu. 

‘Za ingatkan abang ada buat silap. Panik juga Za di buatnya’,tutur Puan Haliza lega. ‘Awak ne, kesitu pulak. Saya kasihan tengok budak ne tadi sebab tu saya selamatkan dia. Lagipun, esok-esok kalau ada yang mencari kita tinggal bagi jelah. Kalau tak ada, abang rasa tak salah kalau kita bela. Lagipun abang masih mampu sara kita berempat’, cadang Encik Malik. Puan Haliza tersenyum gembira. ‘Yalah abang, ada juga teman Marsha di rumah’, tambahnya lagi. ‘Tapi..kalau orang kampung tanya, kita nak kata apa?’, soalnya. Sudah tentu mereka tidak dapat sembunyikan budak itu selamanya. ‘Kita cakap jak yang ini anak yatim yang kita ambil dan bela’, spontan Encik Malik menjawab. Puan Haliza tersenyum lega. Dia tahu suaminya bijak mengatur segalanya. Puan Haliza memandang wajah pucat budak peempuan itu yang masih belum sedarkan diri. Mujur kecederaannya tidak teruk. Walaubagaimanapun, dia nekad untuk membawa budak malang ini ke hospital  untuk rawatan lebih lanjut. ‘Apapun yang terjadi esok kita kena juga bawa dia ke hospital bang. Mana tahu ada luka dalaman’, usul Puan Haliza. Encik Malik hanya mengangguk tanda setuju. ‘Kita nak bagi dia nama apa ne?’,soal Encik Malik pulak. ‘Emm, panggil dia Misha lah, Sama dengan nama Marsha’, cadangnya. ‘Sedap juga nama tu, Misha Binti Malik’, ucap Encik Malik sambil tersenyum. ‘Rezeki Tuhan bang, kita terima sahajalah’, ucap Puan Haliza redha. 

‘Eh, budak ne ada rantailah bang’, ujar Puan Haliza sambil memegang rantai berbentuk hati di leher budak perempuan itu. Encik Malik turut memegang rantai itu. Cantik dan kelihatan mahal. Di tengah rantai itu tertera huruf E. Mungkin juga nama budak ini bermula dengan huruf E, telah Encik Malik dalam hati. ‘Awak simpankan rantai tu Za, ini mungkin pemberian keluarganya’, ujar Encik Malik. ‘Esok-esok bila dia dah besar, rantai inilah yang akan menjadi identitinya untuk bertemu dengan keluarga asalnya’, tambah Encik Malik lagi. Puan Haliza hanya menurut. Akhirnya, masing-masing melayan perasaan sendiri. Kelihatannya senyuman Puan Haliza tak lekang dari bibir apabila memandang Misha. ‘Mama, Marsha nak tidur’, rungut Marsha seraya menarik baju Puan Haliza. Marsha menjeling kearah Misha yang masih tidak sedarkan diri. ‘Siapa ini mama?’, soal Marsha pelik. Puan Haliza memegang bahu anak tunggalnya. ‘Mulai hari ini, dia adalah adik Marsha. Marsha kena jaga dan sayang dengan adik tahu’, pesan Puan Haliza. Marsha mengorak gembira. ‘Yeah, yeah Marsha ada adik. Lepas ini adalah teman Marsha main kan mama’, kata Marsha gembira. Puan Haliza senang memandang Marsha.
1

15 tahun kemudian..

‘Annyeong haseyo’, jerit Misha dan Farina. Semua mata memandang kearah mereka. Aduh! Malunya. Inilah akibatnya kalau terlalu taksub dengan Korea. ‘Mianhe’, ucap mereka serentak sambil menunduk tanda hormat. ‘Far, cuba kau cubit pipi aku’, arah Misha. Farina menurut dan mencubit pipi gebu sahabatnya dengan kuat. ‘Auchhh! Sakit’, adunya. Farina tersenyum. ‘Okay, sekarang kau cubit pipi aku pulak’, kata Farina lalu Misha menurut. ‘Auchh! Sakit juga’, ucapnya separuh menjerit. ‘Arghhhhhh.. Far kita tak mimpi’, teriak Misha sambil tertawa denga girang. Memang inilah cita-citaku dari kecil dahulu, mahu menjejakkan kaki ke Korea dan aku tak sangka hasratku tercapai jua. Sebenarnya, aku patut berterima kasih dengan Gedung Fesyen Iqram Eifa sebab memilih aku menjadi pelatih mereka. Kalau tak, mungkin sampai ke tua pun aku takkan pernah dapat sampai ke sini. Aku ada dua tujuan ke Korea. Pertama, aku nak berkerja di Gedung Fesyen Iqram Eifa dan yang Kedua, aku nak menemui pelakon korea kegemaranku iaitu KIM BUM dan KIM SO EUN. Aku adalah peminat fanatik mereka ne. Selalunya nampak dalam tv jak, nak juga tengok wajah mereka depan-depan. Nasib menyebelahiku lagi kerana menurut khabar angin yang tepat, KIM BUM dan KIM SO EUN akan muncul di Jeju Island untuk acara perasmian drama terbaru mereka iaitu ‘My Soulmates’. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, program kami di lancarkan di Korea dan kebetulan juga pelakon kegemaran akan mempromosikan drama mereka. 

Program ini memakan masa selama seminggu. Isnin hingga Rabu, kami akan berada di Seoul manakala Khamis hingga Sabtu kami akan ke Jeju Island. Hari yang sama dengan majlis pelancaran drama ‘My Soulmates’. Hatiku bersorak girang. Sejak tiba di lapangan terbang Gimpo tadi hatiku memang sudah teruja. Selepas itu, kami di bawa ke Muju Resort tempat penginapan kami selama berada di Seoul, Korea. ‘Attention everyone’, ucap Cik Imani selaku pensyarah jurusan fesyen. Seramai dua puluh pelajar jurusan fesyen yang terpilih dalam program ini diiringi oleh dua pensyarah iaitu Cik Imani dan Encik Harith. Suara yang riuh rendah tadi bertukar sepi. ‘Let me introduce you to Miss Ha Na’, perkenal Cik Imani lalu wanita itu tertunduk dan menghadiahkan kami senyuman. Matanya yang sepet, hidung sedikit mancung serta kulit muka yang halus memang sangat cantik. ‘Tapi dia ne original kar?’, desis hatiku sendiri. ‘For your information, Miss Ha Na will be our tour guide for four days in Seoul. So, make sure you didn’t give her a hard time especially for a boys’, ujar Cik Imani sambil bergurau. Wanita Korea itu tersenyum.  Misha dan Farina tergelak sakan. ‘What’s so funny, Misha, Farina? Mind to share?’, tegur Cik Imani membuatkan wajah mereka merona merah. ‘Nothing  Prof’, jawab Farina sambil cuba menahan tawa. ‘Do you understand, Misha?’, soal Puan Imani kepadaku. ‘I’m totally understand Prof, and I’m very sure that the ‘boys’ wouldn’t give Miss Ha Na a hard time’, jawabku sengaja menegaskan perkataan ‘boys’. 

Puan Imani dan pelajar perempuan yang lain mula memahami maksudku. Namun, Puan Imani cuba berlagak professional. Mana tak tergelak, dalam jurusan kami ne mana ada pelajar lelaki yang sejati. Semua pun berjiwa lembut. ‘Misha, shut up babe’, jerit Farhan atau nama glamournya Fafa. Aku hanya mengenyitkan mata kepadanya. ‘Dah, jangan nak buat perangai depan orang Korea, malu sikit. Kita ne membawa nama Malaysia’, mulalah Cik Imani nak berdiplomatik. ‘Okay, sekarang Prof nak korang naik ke bilik masing-masing, rehatkan badan, bersihkan diri dan relaks. Jam 6 petang nanti, kita semua akan berkumpulan semula di dewan Muju, faham’, arah Encik Harith pula. Semua pelajar mengangguk. ‘Any question?’, soal Encik Harith. Pensyarah yang masih muda dan sangat tampan tentunya disukai oleh ‘boys’ dalam jurusan kami. ‘Prof, bilik prof nombor berapa?’, soal Azlan a.k.a Azie. ‘Hye, Zie kuang ajar betul kau ne’, tempelak Farhan a.k.a Fafa. ‘Emm, prof boleh tak saya tidur satu bilik dengan prof? Bukan apa kesian prof seorang-seorang kan’, tambahnya lagi dengan gayanya yang over the top. Wajah Encik Harith mula merona merah apabila Fafa melentokkan kepalanya di dada bidang Encik Harith. Cik Imani memandang dengan wajah yang hanya aku dan Farina mengerti. ‘Eeuwww’, jerit semua pelajar perempuan.  ‘Ehem, ehem, dah pergi ke bilik masing-masing sekarang’, arah Cik Imani sedikit tegas. Aku dan Farina saling berpandangan sambil tersenyum.  Aku, Farina, Cik Imani akan menetap di bilik yang sama. Manakala Encik Harith aka tidur bersama penganjur di bilik yang berhadapan dengan kami. Bukan tidak mahu berkongsi dengan ‘boys’ yang lain tetapi Encik Harith takut untuk tidur sebilik dengan mereka. 

Sebelum jam 6 petang, semua pelajar sudah berkumpul di dewan Muju. Well, terlampau excited lah katakan. Tidak lama kemudian, Cik Imani tiba bersama Encik Harith lalu menempatkan kami di tempat duduk masing-masing. Aku dan Farina duduk di meja yang sama dengan Cik Imani dan Encik Harith serta CEO gedung fesyen Iqram Eifa yang belum kami kenali. Kami pun berbual kosong sementara menunggu ketibaan tetamu terhormat. Seketika kemudian, seorang wanita dalam lingkungan 30-an mendekati Encik Harith dan Cik Imani. Mereka saling bersalaman lalu berbicara tentang program malam ini. ‘Puan Sarimah, PA Encik Edryan, CEO gedung fesyen Iqram Eifa’, ujar Cik Imani kepada kami apabila wanita itu mula naik ke atas pentas. ‘Ladies and gentlemen, I would now introduce to you, Mr Edryan Bin Iqram CEO Iqram Eifa Fashion. And Mr Adam Bin Hj Idham, his partner’, ujar Puan Sarimah. Kedua-dua lelaki itu pun menaiki pentas sambil tersenyum. Semua pelajar bertepuk tangan tidak kira lelaki atau perempuan pasti terpikat dengan ketampanan lelaki yang berada di atas pentas sekarang. Mudah lagi rupanya, baru berusia 25 tahun tapi sudah bisa mengendalikan geudng fesyen sendiri. Mata Edryan memandang ke semua pelajar yang berada di bawah pentas sambil menghadiahkan sebuah senyuman. Sampai ke wajah Misha, dia terkedu. 

Misha yang memang memandangnya menghadiahkan sebuah senyuman. Handsome! Perkataan itu yang terkeluar dari bibir Misha dan sempat di dengari oleh Farina, sahabat baiknya sejak dari kecil. ‘Aku setuju’, ucap Farina sambil mengenyitkan matanya. Gatal juga sahabat aku! Desis hatinya. Edryan masih lagi memandang wajah Misha. Panggilan Puan Sarimah dari tadi langsung tidak di endahkan. Adam yang berada disebelahnya mencuit Edryan. ‘Kau okay kar ne?’, soal Adam. Edryan kelihatn seperti baru tersedar dari mimpi. ‘Hah, Okay’, jawabnya lalu memandang Puan Sarimah. Mikrofon diserahkan kepada Encik Edryan. ‘Assalamuaikum semua dan selamat petang’, ucapnya. Semua pelajar menyambut salamnya. ‘Rasanya tidak perlulah saya bercakap bahasa English kerana rata-rata kita semua di sini faham bahasa melayu. Bak kata pepatah, Bahasa jiwa bangsa,’ tambahnya lagi. Edryan pun mula bercakap sedikit sebanyak tentang latar belakang syarikatnya. Rupa-rupanya, syarikat ini adalah hasil titik peluh arwah kedua orang tuanya. Seawal usia 21 tahun, dia sudah mengambil alih perniagaan keluarganya. Bertuah juga dia ne sebab hidup dalam serba lengkap. Sepanjang Edryan berucap matanya asyik melirik ke arah wajah putih mulus yang duduk di meja hadapan. Siapa lagi kalau bukan Misha kan, dari tadi matanya tak henti memandang wajah gadis itu. Selesai berucap, Edryan dan Adam mula turun dan duduk semeja dengan meja yang Misha duduki. Kami sempat berkenalan dan bertanya dengan lebih lanjut tentang syarikat mereka. 

‘Okay, sambil kita menikmati hidangan yang sudah tersedia di atas meja. Encik Edryan meminta setiap pelajar yang berada di sini untuk memperkenalkan diri masing-masing. Well, tak kenal maka tak cinta kan. Lagipun, melalui program ini, lima pelajar atau mungkin lebih akan mendapat tajaan dari gedung fesyen Iqram Eifa, dan mungkin juga akan mendapat peluang untuk berkhidmat di syarikat ini’, terang Puan Sarimah berkali-kali. Semua pelajar kelihatan teruja termasuk aku. ‘Encik Edryan, nak mula dari mana dahulu? Dari depan atau belakang?’, tanya Puan Sarimah. ‘Apa kata kita mula dari, meja hujung sana’, ujar Edryan sambil menudingkan ibu jarinya ke meja yang di duduki oleh Azlan a.k.a Azie. Terjerit Azlan a.k.a Azie apabila namanya di panggil dahulu. Edryan dan Adam hanya menggelengkan kepala. Azlan a.k.a Azie berdiri dan membetulkan rambut selendang di lehernya. Semua tertawa memandangnya. ‘Kalau dah hodoh, hodoh lah juga’, jerit Farhan a.k.a Fafa dari meja sebelah. Azlan a.k.a Azie menjelingnya.  ‘Nama saya Azlan Bin Saifuddin tapi Encik Edryan dan Encik Adam bleh panggil Azie jer. Saya dari Kota Belud, Sabah. Ayah saya seorang usahawan ikan kering manakala mama saya seorang guru di sebuah taska. Saya ada dua orang adik beradik jer, saya yang bungso. Kak saya seorang peguam. Lastly, I’m still single’, ujarnya smbil mengenyitkan mata kearah Adam. 

Semua pelajar tergelak. Walaupun Azlan a.k.a Azie dan Farhan a.k.a Fafa sangat over dalam kelas dan di mana sahaja tetapi mereka jugalah yang selalu menyerikan suasana kelas kami. Aku bangga dengan mereka kerana tidak pernah lupa akan asal-usul dan langsung tidak malu untuk memberitahu latar belakang keluarganya. ‘Nama I Mohd Farhan Bin Mohd Firman. Okay, daddy I wakil rakyat di Kota Marudu. Mummy I pulak tukang jahit. I anak tunggal. Kalau Encik Edryan dan Encik Adam ke Kota Marudu nanti, inform I tahu. I akan pastikan korang di layan seperti raja’, ucapnya dengan gurauan. Farhan a.k.a Fafa ne anak tunggal, dulu mummy dia nak anak perempuan sebab tulah si Farhan ne jad begini. Sejak kecil, Farhan memakai baju perempuan. Untung sekarang dia berpenampilan lelaki tapi gaya lembutlah. Dah takdir dia, nak buat macam mana. Lamunanku terhenti apabila Farina mencuit lenganku. Aku memandang Farina dengan wajah kebingungan. ‘Your turn, Misha’, bisik Farina. Terkopoh-kopoh aku berdiri. ‘Assalamualaikum, nama saya Misha Binti Malik. Saya dari Kudat Sabah tapi sekarang menetap di University Apartment 2. Ayah saya seorang nelayan manakala ibu saya suri rumah. Saya ada seorang kakak belajar di Uitm jurusan seni’, ucapku ringkas lalu duduk semula. Edryan masih memandang Misha. Adam yang menyerdari kelakuan Edryan mencuitnya. ‘Stop it, Ed’, tegurnya seraya menyedarkan Edryan. 

‘Annyeong’, sapa Miss Ha Na. Kami semua teruja dengan kedatangannya. Memang sedari tadi kami tidak sabar menantinya. ‘How you doing?’, soal Miss Ha Na. ‘Fine’, teriak kami semua. ‘Wow, take it easy guys. We’re gonna have fun today’, sampuk Adam yang baru muncul. Nampak segak apabila Adam dan Edryan berpakaian kasual. Dengan seluar paras lutut, T-shirt jenama polo ditambahkan lagi dengan cermin mata jenama Ray Ban. Bukan hati perempuan saja yang akan cair apabila memandang. Silap-silap gay pun sangkut ne. ‘Amboi, amboi, Encik Harith ne berjanji kar nak pakai baju yang sedondon dengan Cik Imani?’, tegur Azlan a.k.a Azie. Wajah Cik Imani mula merona merah. ‘Coii, Azie mulut engkau tak beli insuran kar? Kebetulan kot. Kau tengok si Misha punya baju pun sedondon dengan Encik Edryan. Kaler merah gitu’, sambung Farhan a.k.a Fafa. Alamak! Apasal masuk nama aku pulak ne. Semua mata tertumpu kearah aku dan Encik Edryan sekarang. Aku jadi malu pulak. ‘Ada-ada jaklah korang ne Fafa, Azie’, kata Farina menyelamatkan keadaan aku. Aku menghadiahkan Farina sebuah senyuman. Aku tak hairan pun kalau baju kami sama. Lagipun memang dah Favourite aku merah. Majoriti semua barangan aku berwarna merahlah.  Hari ini kebetulan aku mengenakan dress paras lutut berwarna merah lembut dan bercorak bunga. Dipadankan dengan topi dan sandal berwarna hitam. Simple tapi smart. 

‘For your information, Seoul is the capital of Korea with over 600 years of history. It is the heart of Korea’s culture and education as well as politics and economics. Seoul is home to many old historic sites like Gyeongbokgung and Changdeokgung palaces, and places of traditional culture like Buchon Hanok Village, Insa-dong and Namdaemun Market’, terang Miss Ha Na. 

Memang popular betul Namdaemun Market ne. Ramai pelancong datang ke tempat ini dan sudah tentu kami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar serta melihat barangan untuk dijadikan sebagai cenderahati. Selepas melawat Namdaemun Market, kami meneruskan perjalanan untuk melihat tempat lain. 

‘The shopping and entertainment districts of Myeongdong and Apgujeong, and Asia’s largest underground shopping center CEOX mall also draw a large number of tourists every year’, tambahnya lagi. Aku semakin kagum melihat pembangunan Korea. Mulutku hampir terlopong melihat  CEOX mall dikerumuni oleh pelbagai pelancong dari plosok dunia. ‘Oh My God’, teriak Farhan a.k.a Fafa. Semua gadis korea juga berteriakan sambil berlari ke satu sudut. ‘Super Junior and Big Bang, Azie. Arghhhh. I need oxygen’, teriak Fafa. Aku dan Farina hanya menggelengkan kepala. ‘Ini baru diaorang, kalau aku lagi terserempak dengan KIM BUM dan KIM SO EUN, aku rasa boleh minta MC selama seminggu’, gurau Misha lalu mereka tergelak. Melihat Tae Yang menari di atas pentas membuatkan aku berasa tidak sabar untuk bertemu dengan actor kegemaranku. Patutlah ramai gadis berteriak, si Tae Yang ne memand comel pun. Aku tak tahulah dia original or tak tapi aku tengok orang lain pun tak kisah. Yang penting, KIM BUM dan KIM SO EUN aku original. No plastic surgery! Seperti yang dikatakan dalam news, blog dan google. 

Jam menunjukkan sudah pukul 3 petang, selesai solat aku dan Farina menyertai teman-teman lain untuk minum petang. Walaupun di mana pun kita berada, solat jangan lupa. Itu pesan kedua orang tuaku. Sekitar jam 5.30 petang, kami bergerak ketempat yang terakhir untuk hari ini. ‘And the last place for today is Hangang River. The Hangang River, which runs through the center of the city, is also a distinctive landscape of seoul that offers a Myriad of resting areas for citizens’, ucapMiss Ha Na. Jadi di sinilah mereka selalu berehat. Kami pun tak nak lepaskan peluang untuk berehat di sini. Tenang dan relaks di tambah sentuh landskap yang mampu menenangkan minda kita. Sekitar jam 7 petang, kami bertolak pulang ke hotel. Penat memanglah penat tapi penat ne memang berbaloi. Usai membersihkan diri dan menunaikan tanggungjawab sebagai umat di muka bumi ini, aku dan Farina berjalan beriringan ke tepi kolam Muju Resort di mana sebuah parti barbeque di adakan. Ewah, ewah gediknya si Fafa dan Azie ne dengan Encik Adam. Dah naik rimas, aku tengok lelaki tu.  Farina di sisi ku tergelak. ‘Suka nampak’, tegurku. ‘Mestilah’, jawabnya dengan muka yang merona merah. 

Aku duduk di tepi kolam sambil memasukkan kedua-dua kaki ku kedalam air kolam. Sejuk tapi nyaman. Nasib baiklah sekarang ne Korea musim panas, tapi kalau musim sejuk lagi best boleh juga aku bermain salji. ‘Boleh saya tumpang sekaki?’, sapa satu suara. Aku menoleh kearah suara itu. ‘Encik Edryan, boleh apa salahnya’, ujarku smabil memandang keadaan sekeliling. Masing-masing pun sibuk bercerita. Aku mencari kelibat Farina yang sedari tadi mengambil makanan. ‘So, awak orang kudat?’, soal Edryan. ‘Ya Encik’, jawabku ringkas. Inilah kesempatan aku, mana tahu dia sedang cuba menilai aku berdasarkan sikap dan tingkahlaku aku, telah Misha. ‘Awak memang minat fesyen?’, soalnya lagi. ‘Well, saya pun tak tahu tapi memang dari kecil lagi saya suka mereka baju sendiri. Dari situ, ibu saya menyokong bakat saya. Habis saja form 3, dia daftarkan saya ke kolej vokasional dan saya terus ambil jurusan fesyen’, terangku. Encik Edryan mengangguk berkali-kali. ‘What do you love about fashion?’, soalnya lagi. Aku tersenyum gembira. Sah! Aku ada harapan untuk menjadi salah seorang dari pekejanya. ‘Ok, Actually since I was a little, my parents can’t afford to buy me a clothes. Sejak dari tu, I’m trying to have my own money. Once I’ve enough money, saya suruh ayah saya belikan kain lepas tu saya akan reka baju macam mana saya nak. And, of course my mom akan jahitkan tuk saya’, ceritanya dengan bangga. 

‘Lagipun, fashion ne memang sentiasa berputar-putar. Apa yang popular suatu ketika dahulu, akan popular semula suatu hari nanti. Macam dress yang saya pakai ne. Dulu zaman ibu saya pun, dress ne sangat popular’, tambahnya lagi membuatkan Edryan tertawa. ‘Babe, sorry late’, ucap Farina sambil mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku hanya tersenyum. ‘Eh, Encik Edryan, makan Encik’, pelawa Farina. ‘It’s okay, just enjoy your meal’, tolaknya. ‘Ed, tolonglah aku Ed’, pinta Adam yang muncul tiba-tiba. ‘Tak naklah kau kan lelaki pujaan malaya’, gurau Edryan seraya tertawa. ‘Encik Adam, marilah tolong kitaorang panggang ayam lagi’, pujuk Fafa dan Azie sambil menarik tangan Adam. ‘Oh No’, rintih Adam. Aku dan Farina ketawa melihat muka Adam bertukar kemerah-merahan. Gelinya! Over betullah mereka berdua ne. Farina meletakkan pinggannya dan berjalan mendekati Adam. ‘Hei, lepas, lepaslah’, arah Farina seraya memukul tangan Azlan dan Farhan. Mereka memuncungkan mulut seraya melepaskan pegangan tangan mereka. ‘Go away, Fafa, Azie and don’t you ever touch Mr Adam’, ugutnya. ‘Eii, tak bestlah perempuan ne, patutlah tak ada lelaki nak  dekat dia’, celopar mulut si Azie menuturkan kata. Farina membuntangkan matanya sambil mengetap bibir. ‘Say it again and you’re a dead meat’, tegas Farina. Ops! Hati-hati terkena taek wan do Farina, silap-silap korang tak boleh bangun esok. ‘Yalah yalah’, mereka mengalah juga akhirnya. 


Farina mengenyitkan mata kearahku. Aku mengangkat ibu jariku. Adam hanya berdiri kaku. ‘Ehem’, Edryan berdehem seraya menyiku kaki Adam yang masih berdiri. ‘Tak reti nak ucap terima kasih kar?’, sindir Edryan. ‘Hmm’, Adam cuba berlagak cool dengan membetulkan kolar bajunya. Aku hanya tersenyum. ‘Thank you Miss..’, ucapnya pelahan. ‘Farina’, sambung Edryan. ‘Ya, Thank you miss Farina’, ucapnya lagi. Apa dah, Encik Edryan boleh pulak hafal nama kami tapi Encik Adam hampeh. ‘Mention not’, jawab Farina sambil meneruskan suapannya. Hari ini berakhir dengan bahagia sekali. Aku gembira begitu juga teman-temanku yang lain. Esok hari terakhir kami di Seoul dan esok juga kami akan diberikan satu tugasan sebelum bertolak ke Jeju Island. 

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Yang Terpendam 1

Rasa Yang Terpendam 12

Rasa Yang Terpendam 2