Cinta Satukan Kita 14
Misha seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya. Hatinya mula bersorak gembira. Tidak sabar dia mahu berkongsi berita gembira ini dengan Farina. ‘Far, Far’, panggil Misha. Farina keluar dari dalam rumah dengan penuh persoalan. ‘Apa dia? Apasal kau terjerit-jerit awal pagi ini?’, soal Farina. ‘Nah kau ambil ini’, katanya seraya menyerahkan sampul surat kepada Farina. ‘Apa ini?’, soal Farina sambil menyambut huluran sampul surat tersebut. ‘Bacalah sendiri’, arah Misha sambil memegang surat yang turut di terimanya. Farina membuka sampul surat itu dan membaca isi kandungannya. Hampir terlopong mulut Farina melihat isi surat tersebut. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya. Dia memandang Misha yang memang sudah kelihatan teruja. ‘Makkkkk !!!’, jerit mereka serentak. Mak cik Aznah duduk disisi Puan Haliza. ‘Syukur Alhamdulillah. Akhirnya rezeki kamu tiba juga’, ucap Mak Cik Aznah. ‘Ayah kamu pasti bangga dengan kamu’, tambahnya lagi. Misha dan Farina lagilah b...