Posts

Showing posts from May, 2013

Rasa Yang Terpendam 26

'Kau nak apa lagi?', marah Nadz. Sejak dia keluar dari pejabat tadi Waqie tidak berhenti mengekorinya. 'Nadz, saya tahu saya salah sebab tu lah saya nak minta maaf dengan Lara', terang Waqie.  Nadz memandang Waqie dari atas ke bawah. Banyak perubahan lelaki ini apabila ditinggalkan isterinya selama dua minggu. Rambut yang tidak terurus, misai tidak bercukur dan badannya juga agak sedikit susut. Kasihan pula Nadz namun dalam masa yang sama geram dengan sikap Waqie yang langsung tidak mengambil berat akan perasaan sahabatnya. 'Nadz, saya minta tolong sangat kat awak. Tolong bagitahu Lara kat mana', rayu Waqie sambil melutut dihadapan Naz. 'Ehh, boss bangun boss. Karang ada staff yang nampak jadi kontrolversi pulak. Bangun boss, aduii', pinta Nadz namun Waqie langsung tidak berganjak. 'Ehh.. ditelan mati bapa, dibuang mati emak ne. Eyalah, eyalah saya bagitahu dia kat mana tapi please stand up', ucap Nadz. 'Kan best kalau awak cakap awal-awal ta...

Rasa Yang Terpendam 25

' Alah Sabarlah Lara, mungkin itu semua tak seperti yang kita nampak. Kita tak dengar pun apa yang diaorang katakan', pujuk Nadz. 'Nadz, terang-terang dah depan mata. Dia mainkan perasaan aku lepas tu aku keluar dari rumah dia langsung tak cari aku. Aku kecil hati dengan perbuatan dia Nadz', lauh Lara. Melihat Waqie berpegangan tangan dengan wanita lain cukup membuatkan hatinya sakit. 'Tapi dia memang cari kaulah Lara, untuk pengetahuan kau, dia pun cuti sebulan sama macam kau tahu' pujuk Nadz lagi berharap Lara dapat berfikir dengan lebih baik. 'Dia cuti sebab nak jumpa perempuan tu Nadz', tempis Lara. Nadz hanya menggelengkan kepala. 'Itulah aku dah katakan kalau cinta jangan pendam. Sekarang dah tahu rasa sakitnya cemburu?', sindir Lara. 'Dulu bukan main kau benci dengan dia kan? Huh sekarang Tuhan dah tukar benci tu jadi sayang. Apa rasanya Puan Lara Ariana? bestkan?', tambah Nadz lagi. 'Eh Nadz, aku tak minta kau ceramah akulah...

Rasa Yang Terpendam 24

Sekembalinya kami dari rumah Mak Long, aku cuba mengelak dari bersua muka dengan Waqie. Aku pun tak tahu mengapa tapi aku tak boleh menyembunyikan getar dihatiku apabila bersua dengannya. Pergi ke pejabat juga aku memandu sendiri dengan alasan aku ingin menumpangkan Nadz. Di pejabat sahajalah segalanya menjadi normal seperti biasa sebab aku tidak mahu ayah fikir bukan-bukan jika aku mengelak dari Waqie. Selama beberapa hari, begitulah keadaan kami dan memandangkan Waqie juga sibuk dengan urusan pejabat, aku lagi bertambah lega kerana tidak perlu memikirkan tentangnya. Dirumah aku banyak menghabiskan masa lapangku dengan menyiapkan kerja yang tertangguh di pejabat ataupun webcam dengan Nadz dan Qira berbicara tentang isu-isu semasa. Hari ini, saat aku bangun dari tidur aku terus menuju keruang tamu dan berbaring malas di atas sofa. Lama-kelamaan aku tertidur semula dengan baju tidur pendek ku. Waqie masuk ke dalam rumah dengan dua bekas tapau di tangan. Dia keluar dari rumah awal pagi u...

Rasa Yang Terpendam 23

Memey seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat di halaman Facebook Lara. Tertera gambar Lara dan seorang lelaki yang bernama Liwauddin Waqie. Gambar itu di Tag oleh Lisa Qirana seorang gadis mungkin juga adik perempuan kepada lelaki itu memandangkan wajah mereka seiras. Memey tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang lelaki yang bernama Liwauddin Waqie lalu mencari maklumat tentangnya. Hampir terlopong mulutnya tatkala melihat blog tentang lelaki itu yang di update oleh adiknya Lisa Qirana. 'Anak Datuk rupanya. Tapi apa hubungan dia dengan Lara?', tanya Memey sendiri. 'Saudara kali lagipun keluarga Lara kan memang dari keturunan yang berada cuma Lara tidak pernah mengakuinya', fikir Memey. Dia masih tidak puas hati dengan maklumat yang didapatinya ingin sekali dia mengetahui apa  hubungan Lara dengan anak Datuk tu lalu dia pun melihat ruangan timeline Lara. Tidak lama kemudian, dia ternampak post dari seseorang yang dikenalinya. 'Lunch time with La...