Rasa Yang Terpendam 30
Lara masuk semula kedalam pejabat, hasratnya untuk pulang ke rumah terbantut dek perbuatan Jay. Sungguh dia tidak menyangka Jay sanggup berkelakuan sebegitu. Kini dia dilanda rasa takut, air matanya masih mengalir namun dia cepat-cepat mencuci muka dan memakai bedak agar tidak Datuk Luqman tidak perasaan akan perubahan wajahnya. 'Saya harap lepas ini kita boleh berkerjasama lagi', ujar Datuk Luqman seraya berjabat tangan dengan Tan Sir Bakri. Tidak lama kemudian, kelihatan kelibat Waqie keluar dari bilik mesyuarat sambil berbicara dengan Osman, anak Tan Sri Bakri. 'Kalau macam tu, kami minta diri dulu. Thank for your time Man. Maafkan buat meeting time macam ne', tutur Tan Sri Bakri. 'Tak ada hal, lagipun kami belum pulang lagi', ujar Datuk Luqman. Selepas bersalaman Tan Sri Bakri dan anaknya pun mengangkat kaki keluar dari syarikat ini. 'Eh, Lara tak pulang lagi?', tegur Datuk Luqman sambil menghadiahkan sebuah senyuman untuk menantu sulungnya. Lara men...