Rasa Yang Terpendam 22
Sewaktu Waqie keluar dari bilik mandi, Lara sudah tiada. Waqie menarik nafas lega kerana dia pun malu untuk bersemuka dengan Lara selepas apa yang terjadi tadi. Selesai menunaikan solat maghrib, dia pun turun ke bawah untuk menjenguk Mak Long. Kedengaran riuh rendah ruang tamu dengan suara anak Kak Timah dan Abang Tahir. Mak Long mempunyai 5 orang anak iaitu Fatimah, Fatahir, Fatira, Fasha & Fahmi hasil pernikahannya dengan Pak Long, Haji Fathullah. Mak Long adalah kakak kepada ayah. Kak Timah dikurniakan 5orang cahaya mata hasil perkhawinannya dengan Abang Uzair dan anak mereka yang paling bungso baru berusia 4bulan. Abang Tahir pula dikurniakan 3 orang cahaya mata. Minggu ini semua anak Mak Long pulang untuk meraikan kejayaan Tira sebab itulah rumah ini riuh rendah dengan setiap celoteh mereka. 'Hah, Qie buat apa tercegat kat situ tu? Tolong pegang Zara ne kejap', pinta Kak Timah seraya menyerahkan anak bungsonya kepada Waqie. Dia teragak-agak untuk mengendong Zara kerana...