'Alah, kita dah nak balik kar?', soal Lara. Waqie tersenyum melihat telatah isterinya. 'Eyalah Ling, takkan kita nak honeymoon lama-lama kat sini', jawab Waqie. 'Tapi kan kita masih ada cuti selama seminggu lagi. Kenapa tak habiskan kat sini jak?', tanya Lara lagi. Waqie tersenyum lagi, kini baru dia tahu perangai Lara yang sebenar. Patutulah mama kata Lara ne adalah anak dia yang paling manja. Sepanjang dia mengenali Lara, belum pernah Lara bersikap manja dengannya. Namun dia tetap kagum dengan sikap dan tingkah laku isterinya yang berpendirian, berani, tegas dan cekap dalam melakukan tugasan. 'Mulalah mengelamun tu. Entah tengah fikirkan siapa', sergah Lara. 'Pandai betul Ling teka kan. Memang Dar tak boleh kalau tak fikirkan dia walau sesaat pun', ucap Waqie sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya. 'Baguslah tu', balas Lara ringkas lalu memalingkan wajahnya ke luar tingkap chalet mereka. 'Dah mula dah perangai manja dia', ...
"Kenapa aku masih memilih jalan yang sama? huh! betapa bodohnya diriku ini, sudah tersungkur ditempat yang sama berulang kali", getus hati Lara. Kata-kata itu membawa Lara kembali kepada kenangan lamanya. Wajah-wajah lelaki yang pernah dicintainya muncul bersilih ganti, Zac, Jaimin, Faizul & yang terakhir Raeyi. Bukan nak kata aku ini "Playgirl" okay, tapi mereka adalah lelaki yang sama jenis yang pernah aku kenal dan menyimpan rasa. Zac aku tak heranlah kenapa aku tak dapat bersama dia kerana dia seorang "Playboy", lagipun aku tak layak berdamping dengan dia. Tapi kenapa Jaimin, Faizul & Raeyi memberi aku harapan tetapi dimusnahkan begitu sahaja?. Aku sangkakan Jaimin menyukaiku namun dia tega memlih wanita lain dan wanita itu tak lain tak bukan sahabatku sendiri. Masih segar diingatanku saat terakhir aku bersalaman dengan Jaimin, aku orang terakhir yamg menyalaminya dan begitu lama dia mengenggam tanganku. Tapi aku harus rela melepaskan dia keran...
'Oii monyet tangkap gambar aku, aku nak tukar profile picture kat Facebooklah', arah Lara kepada suaminya. 'Ehh, suka hati kau saja panggil aku monyet, macamlah cantik sangat', kata Waqie. 'Oh, kau tak nak tolong tak apa, nanti apalah perasaan ibu kalau tahu anak lelaki kesayangan dia langsung tak tahu nak layan isteriny yang paling susah nak dapat kat dunia ne. Orang putih kata Limited edition!', jawab Lara. Tanpa membalas kata-kata Lara, Waqie terus mengambil kamera ditangan Lara lalu menangkap gambarnya. Lara pun menyerlahkan bakat modelingnya dihadapan Waqie namun suaminya hanya membuat muka menyampah walaupun pada hakikatnya memang Lara seorang yang berbakat dalam Modeling. 'Kau nak penuhkah 2gb memory ne dengan gambar kau yang perasan cantik kar?', tanya Waqie. '2gb tak cukuplah monyet kalau nak gambar saya. Alah tak payah risaulah kalau memory tu full, masih ada memory telefon awak kan?', jawab Lara seraya mempamerkan senyuman manisnya. ...
Comments
Post a Comment