Posts

Showing posts from September, 2015

Cinta Satukan Kita 17

Katherine menghulurkan sekeping cek kosong kepada Misha. ‘Apa ini?’, soal Misha. Katherine tersengih. ‘Kau boleh tulis berapa jumlah yang kau nak’, kata Katherine. Misha bingung. ‘Apa maksud awak?’, soalnya lagi. Katherine ketawa. ‘Kau ne memang pandai berlakon ya. Bukankah ini yang kau nak selama ini’, ucap Katherine. Misha terkesima. ‘Tak payah nak berpura-puralah, perempuan macam kau ini aku dah lama sangat kenal. Kau dekat dengan Khairul Daniel semata-mata nak dengan duit dia kan? Sekarang ambil duit ini dan jauhkan diri dari Khairul Daniel’, bentak Katherine. Misha memandang kearah cek kosong itu. Katherine tersengih lagi. ‘Kau tulis jak berapa yang kau nak’, katanya. Misha mengambil cek tersebut dan mengoyakkannya. Terbeliak mata Katherine melihat kelakuan Misha. ‘Saya mungkin miskin tapi saya ada maruah. Maafkan saya kerana telah muncul dalam hidup awak dan Khairul tetapi semua ini bukan atas kemahuan saya sendiri. Duit boleh beli segala benda di dunia ini tapi duit tak boleh...