Cinta Satukan Kita 15
Misha duduk di taman permainan kawasan perumahan mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Jalan sudah mula di terangi oleh lampu. Kelihatan beberapa anak muda berlari menuju ke masjid. Azan sudah berkumandang jam 6.15 petang tadi. Mungkin mereka baru pulang dari sekolah sebab itu lewat sedikit ke masjid. Misha tidak dapat menunaikan kewajibannya kerana sedang diserang oleh bendera merah. Akhirnya, dia berdiri dan mula melangkah pergi. Dia berjalan perlahan menuju kerumah sewanya. Dari jauh dia dapat melihat seseorang sedang berdiri di hadapan rumah mereka. ‘Khairul?’, ucap bibirnya. Dia mempercepatkan langkahnya dan apabila semakin hampir dia sengaja berjalan perlahan. Khairul Daniel bersandar di tepi keretanya. ‘Ehem’, Misha berdehem dan Khairul Daniel berpaling. ‘Assalamualaikum’, sindir Khairul Daniel. Misha tersenyum. ‘Waalaikumussalam’, jawabnya sedikit kasar. ‘Amboi garangnya’, perli Khairul Daniel. ‘Saya kan memang garang dari dulu lagi’, balasnya. Misha turut bersandar d...