Cinta Satukan Kita 1
Epilog O rang ramai mula mengerumuni kereta jenama Avanza yang berlanggar dengan sebuah lori. Pemandu dan seorang wanita di hadapan di lumuri dengan darah. Kereta itu, terjejas teruk akibat perlanggaran yang terjadi tadi. Di bahagian belakang, kelihatan seorang budak lelaki berusia 12 tahun sedang menangis. Badannya juga berlumuran dengan darah namun dia masih sedarkan diri. ‘Mama..Papa, Yana’, panggilnya seraya memandang kearah kedua orang tuanya yang tidak sedarkan diri.‘Sila beri laluan’, ucap satu suara. Laluan pun diberikan kepada anggota penyelamat dan ambulans. ‘Adik tak apa-apa?’, soal seorang petugas ambulans. Edryan hanya mendiamkan diri. Petugas itu cuba menenangkan Edryan sambil memeriksa keadaannya. ‘Abang..’, panggilnya lemah. ‘Ya, adik?’, jawab petugas itu. ‘Mama dengan papa saya okay tak?’, soalnya menyebabkan petugas itu terhenti dari menyapu ubat antiseptic. Dia memandang wajah budak lelaki itu dengan sayu namun masih juga digagahkan dirinya untuk tetap ters...